Selasa, 15 November 2011

मलेसिया :Juara gemuk di Asean



DEWAN Rakyat semalam diberitahu, Malaysia menduduki tempat pertama di Asean dan keenam di Asia Pasifik bagi obesiti dan antara punca terjadi masalah itu ialah amalan pemakanan tidak seimbang serta pengambilan gula berlebihan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, perkara itu dipandang serius dan semua pihak perlu bekerjasama dengan kementerian bagi menyedarkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat.


“Kami diancam pengambilan gula berlebihan yang serius, sekali gus penyumbang kepada penyakit diabetes.

“Semua pihak harus memandang serius perkara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Dewan Rakyat, semalam.


Dr Tan mahu tahu tahap pengambilan gula di negara ini berbanding negara luar.


Rosnah berkata, antara langkah yang diambil bagi mengatasi masalah itu ialah Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi mengeluarkan garis panduan makanan.

Click Here

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) Rosnah berkata, sebanyak 2,004 sampel makanan untuk bahan pemanis dianalisis tahun lalu dan 108 atau 5.4 peratus didapati melanggar standard ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu penurunan 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan