Tips yang ingin dinyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai
hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.
Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling
sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah
sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang
tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah
dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda
nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir
didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir
didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak
sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.
Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu
melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda
inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama
dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan
anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri
saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah
bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan
mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu
Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau
didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin
manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah
diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri
sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu
juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri
kita sendiri