KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan
pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini
dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya
Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan
Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan
tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
ANGGOTA
penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak
menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
Jelas beliau, penguatkuasaan larangan
mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan
aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati
ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat
walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah
dikeluarkan sebelum ini,” katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu
didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek
dan ketat serta berseluar panjang ketat.
Petikan Kosmo!
Komen Orang Ramai:
Kami
menerima komen positif dari pengguna Facebook berkaitan isu ini. Ini
jelas menunjukkan masyarakat inginkan maksiat dibendung oleh pihak
berkuasa dengan lebih tegas. Supaya rakyat lebih berdisplin dan mentaati
perintah agama. Pemimpin bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah
pemerintahannya.
Satu contoh pelaksanaan syariah yang boleh diambil dari undang-undang yang dilaksanakan di aceh.
bagus usaha yg dilakukan :)
BalasPadam