Duit
syiling baru edisi ketiga yang akan dikeluarkan pada tahun depan.
Tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga
tersebut?Tahukah anda apa yang akan anda lihat jika anda perhatikan duit
syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti? Sebelum saya
menceritakan lebih lanjut tentang persamaan itu, mari kita tengok
ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga ini melalui sumber
dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif
untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik
yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif
untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang
melambangkan lima prinsip Rukun Negara.
Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Bahagian
belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan
motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan
angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan
perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang
mengeluarkan duit syiling.
Pengaruh Israel
Berbalik
tentang cerita disebalik lambang-lambang di syiling ini, kita mungkin
terkejut melihatnya. Sebuah negara Islam telah menggunakan lambang
Israel sebagai lambang rasmi di atas syiling. Mungkin bagi sesetengah
pihak ini adalah kebetulan. Tetapi adakah pihak BNM tidak mengetahui
sensitiviti umat Islam? Atau ini hasil dari cmpur tangan pihak luar?
Mungkin
gambar di bawah ini boleh menerangkan apa yang saya ingin sampaikan.
Cuba anda lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu
dengan lambang bendara Israel.
Telah Lama Dijajah
Sebenarnya ini adalah bukan isu baru. ini adalah kesenambungan dari kisah logo BNM itu sendiri yang amat meragukan.
Cuba
kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang menganggap ini
adalah lambang kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa ekornya tidak
panjang. Cuba pula anda google images, pharaoh dog. Lihat sama atau tidak dengan imej logo bank negara. Hasilnya:
Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.
Jika kita mengkaji lebih dalam lagi, anjing ini begitu suci di dalam masyarakat mesir kuno. Anubis adalah salah satu tuhan dari berpuluh-puluh tuhan mesir kuno.
Anubis
Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan logo bank tersebut. Agak sama kan dibandingkan dengan kijang.
Cuba kita berfikir sejenak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan