Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah
Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang
apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian
klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil
kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul
gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat
daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari
Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul
The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi
hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu
menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang
belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan
mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu
janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang
disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik
akan hikmah dan kelebihannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan