Sabtu, 12 November 2011

Mencerahkan Kulit Gelap

Assalamualaikum doktor,
Saya berumur 15 tahun dan aktif bersukan di sekolah sehingga wajah menjadi gelap.. selalunya masalah tersebut dapat diatasi kira-kira dua minggu. Tetapi, kini sudah hampir dua bulan, amat susah untuk saya mencerahkan muka. Selain itu masalah muka berminyak juga timbul disamping jerawat. Apakah pandangan doktor mengenai masalah ini?
Ky
Wa'alaikum salam wbt saudari Ky.
Semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman.
Berhubung dengan masalah kulit menjadi gelap, ia adalah perkara normal kerana kulit muka boleh terbakar disebabkan pancaran cahaya matahari. Ia dinamakan sebagai sunlight burn. Kebakaran ini pada umumnya melibatkan luaran kulit sahaja dan akan sembuh setelah kulit baru mula tumbuh.
Masalah ini tidak akan selesai andai saudari terus menerus bermain di tengah panas.
Bagi mengelakkannya, pastikan saudari memakai sunblock ataupun lotion sebelum bermain di tengah panas bagi mengurangkan sunburn. Selain itu amalkan juga teknik menjaga muka dengan cara yang sihat seperti sentiasa mencucinya dan memastikan kulit sentiasa lembap.
ELAKKAN membeli produk-produk mencerahkan kulit di pasaran yang tidak mempunyai pengesahan dari persatuan pengguna atau kementerian kesihatan kerana ia boleh membuatkan kulit muka menjadi lebih teruk dan rosak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan