Sabtu, 12 November 2011

Kegunaan Garam Dalam Perubatan Islam

HADIS Nabi Muhamad S.A.W ada menyebut garam adalah penghulu segala masakan atau makanan manusia. Makanan yang paling mudah seperti ubi rebus atau jagung rebus pun akan dibubuh garam dan tidak bahan lain. Bahkan makanan/masakan yang paling mahal sekalipun masih perlu menggunakan garam untuk menambah rasanya.

Antara kegunaan garam dalam masakan;
- Pengawet ikan supaya tidak busuk.
- Menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
- Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
- Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.

Antara kegunaan garam dalam perubatan Islam;
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai )  1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit.  Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya - minum air suam dan sedikit garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan