Khamis, 5 April 2012

Cara Mudah dan Berkesan Membunuh Nyamuk (Indonesia Style)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum mengetahui yang nyamuk ni boleh membunuh manusia. Aku sendiri pun pernah kena Denggi dan aku tau betapa azabnya orang yang kena demam Denggi. Jadi aku saja nak kongsi dengan korang cara tips yang paling mudah dan berkesan untuk membunuh nyamuk. Aku dapat tahu cara ni dari email yang aku dapat dari Indonesia. Kira agak menarik juga la kalau nak dicuba. Selain tak perlukan racun atau kos yang tinggi, cara membanteras nyamuk ni amat mudah dilakukan. Jom baca dan selamat mencuba! P/S: Mesti korang tertanya kenapa Allah menjadikan serangga yang dipanggil nyamuk. Allah jadikan nyamuk untuk mengajar manusia yang takbur supaya selalu beringat jangan sombong di muka bumi Allah ni. Raja Namrud zaman Nabi Ibrahim telah mati digigit nyamuk yang banyak kerana kesombongannya. Selain itu, Allah jadikan nyamuk sebagai makanan kepada binatang lain, yang akhirnya berguna juga kepada kita. Jadi, korang kena selalu ingat setiap makhluk yang Allah jadikan bukan secara sia-sia. Korang dan aku pun Allah jadikan bermatlamat iaitu sebagai khalifah di muka bumi. Paham?

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar berbagai penyakit mematikan. Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang efisien dan bahkan membawa dampak sampingan yang serius.
Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang bisa dicoba. Cocok untuk segala kondisi pemukiman, sekolah, rumah sakit, dll. Sangat KREATIF bila dikenalkan pada para siswa sekolah untuk dicoba di sekolah dan di rumah masing-masing.
Barang-barang yang diperlukan:
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi (beli di toko makanan kesehatan, warung, atau pasar)
- botol plastik 1.5 liter

Langkah-langkah pembuatan

Langkah 1 – Potong botol plastik di tengah. Simpan bagian atas/mulut botol.
Langkah 2 – Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
Langkah 3 – Tambahkan ragi. Tidak perlu diaduk. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.
Langkah 4 – Pasang/masukkan potongan botol bagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
Langkah 5 – Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah Anda.
Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.
Selain membersihkan habitat mereka, tempat berkembang biak nyamuk, kita dapatmenggunakan metode ini sangat berguna di sekolah-sekolah, TK, rumah sakit dan rumah.

Al-Fatihah dimain-mainkan dalam lagu Akon

Assalamualaikum... kali ini saya ingin memperdengarkan sebuah lagu. saya sebenarnya tak tahu apa yang dinyanyikan oleh artis-artis rap (Busta Rhymes, Ron Browz, Diddy, Swizz Beats, T-Pain, Akon dan Lil Wayne) ini. Tapi saya ada terdengar beberapa perkataan yang terdapat dalam surah Al-Fatihah dinyanyikan secara berulang kali. Apa-apa pun, jom terjah lagu (videoklip) 'sial' ini...



kenapa proton lebih mahal di malaysia



Jawapan Menteri di Parlimen 
Harga Proton Gen2 hampir RM60k di Msia ttp d harga RM35k di Arab Saudi (stlh diconvert RM). Sedangkan Proton adalah kebanggaan negara, pengeluar kenderaan nasional - bukankah proton harus dijual dengan harga lebih murah untuk rakyat Malaysia ?

Satu contoh lain ialah, VolksWagen Passat dijual di US pada harga dari USD20k (spek paling minima) tetapi dijual di Malaysia pada harga RM154k di Malaysia... Cuba bandingkan dengan pendekatan Proton...

PERSOALAN: KENAPA HARGA PROTON LEBIH MURAH DI ARAB SAUDI TETAPI MAHAL DI MALAYSIA?

Jawapan Menteri:

Kerana Strategi Pemasaran
Kerana Kos Pengeluaran dan Vendor

Jawapan saya:

Kita rakyat Malaysia ini adalah terlalu bangsat untuk diberikan harga murah... bangsat2 macam rakyat Malaysia takde class nie hanya akan dibiarkan susah untuk pinjaman bayaran bulanan RM700 sebulan selama 9 tahun atau mampos (yang mana lebih awal)...

Bayangkan bagaimana rakyat negara ini dibunuh secara halus, apabila dipaksa untuk hanya beli kenderaan nasional yang kurang spek keselamatan (kerana harga Passat RM154k) dan rakyat terpaksa pula bayar bulanan RM700++ selama 9 tahun sedangkan kita sebenarnya layak membayar RM350 sebulan sahaja kerna kita membeli kenderaan nasional...

Bayangkan, jika kita dapat jimat separuh bayaran bulanan, kita rakyat akan mempunyai simpanan dan juga cukup untuk membantu keluarga terutamanya mak di kampung. Itu belum cerita pasal harga rumah, pasal harga beras, gula, tepong, produk perkhidmatan dan keperluan-keperluan lain
kredit : edyes samm

Rabu, 21 Mac 2012

Freemason Malaysia


adakah sunway pyramid kepunyaan illuminati?adakah rekaannya hanyalah kebetulan ataupun memang sudah dirancang.tengok video di atas


hampir seluruh dunia telah ditakluk budaya mereka termasuk Malaysia..kita ikut semua budaya mereka...politik,hiburan,bangunan,majlis2.. dan macam2 lagi semua berpandukan Freemason.. semoga kita semua kmbali kpada Islam...

Sabtu, 10 Mac 2012

25 Perkara Jangan Buat


25 perkara jangan buat
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.
7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.
10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.
11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.
16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.
19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.
20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.
24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.
25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe..

Jumaat, 9 Mac 2012

Hello Kitty Airways : Now Everyone Can Kawai

Syarikat penerbangan paling Kawaii Neko

Eva Air, sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Taiwan mengubah 3 pesawat mereka bertemakan Hello Kitty. Segalanya dari catan luaran pesawat hingga hiasan dalaman mempunyai elemen frankais kartun yang mempunyai jualan tahunan USD 1 Billion setahun ini! I dunno about you guys but kalau nak Hello Kitty Airways aku rasa aku boleh pening pasal terlalu kawaii.


Khamis, 8 Mac 2012

Lawak Kereta Penuh

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,
Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do’oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata…
Anak: Abah, umi… Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik ‘LAPANG‘…! !!